Friday, April 9, 2010

Mistis Organization

Mistis Organization adalah sebuah organisasi tidak rasmi yang terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan dan informasi. Makmal penyelidikannya terletak di satu kawasan rahsia yang dikenali sebagai Area 13 di bekas sebuah lombong lama di Kampung Baru Sungai Kroh, kira-kira 10 kilometer dari Kampar, Perak. Paranormal, extra-terrestrial, astrofizik-kosmologi, mindcontrol, teori konspirasi dan teologi adalah diantara subjek kajian Mistis Organization.

SELAMAT DATANG KE DUNIA PEMIKIRAN BARU

Mistis bermaksud perkara-perkara yang menjadi misteri dan tersembunyi. Mistisologi pula adalah pengetahuan atau kajian kepada apa yang dikatakan bersifat mistis. Mistism adalah pembawaan atau nilai sesuatu yang bersifat mistis. MistisFiles pula adalah laporan atau hasil pemerhatian dari Mistisologi. Sebahagian dari MistisFile telah berada atau sedang berada di dalam apa yang di gelar sebagai X-File di sesetengah negara.
Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam. Semua misteri yang terjadi ibarat satu 'jigsaw puzzle' yang berselerakan. Apa yang dilakukan kami ialah memberikan anda kepingan-kepingan 'jigsaw puzzle' ini. Kami sekadar ingin anda bersama-sama kami mencantumkan kepingan-kepingan 'jigsaw puzzle' tersebut. Mana yang salah akan dibuang dan mana yang betul sahaja akan memberikan satu gambaran kepada semua atau sebahagian persoalan.


1-Bukan semua benda di dalam dunia ini adalah hasil konspirasi.

2-Jangan menjadi mangsa conspiracy theorist yang berniat jahat atau keliru.

3-Bagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi musuh-musuh Allah,akhirnya yang menang adalah Allah s.w.t kerana tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

No comments:

Post a Comment