Thursday, April 1, 2010

Rahsia Kemelut Melayu dan Penawarnya

SOAL JAWAB MELAYU ISLAM BERAJA;

Rahsia Kemelut Melayu dan Penawarnya

GAGASAN BENDAHARA;

Ke arah memulihkan Maruah, Semangat dan Kedaulatan Bangsa Melayu


INSAFLAH UMAT ISLAM

Assalammualaikum saudara dan taulan,

Sebuah puisi sila dengarkan,

Masalah ummah Akhirul Zaman,

Dalam perintah Mulk’an Jabariyan.

Cuba direnung cuba fikirkan,

Mengapa ummah banyak percanggahan,

Mana kebathilan mana kebenaran,

Semuanya kini dalam kesamaran.

Umat Islam pernah bersatu,

Mazhab empat tidaklah buntu,

Ahlul sunnah wal jamaah sudahlah tentu,

Khalifah dan wakilnya saling membantu.

Inggeris durjana khalifah diburu,

Daulah Islami haru biru,

Yahudi menaja firqah yang baharu,

Umat Islam menjadi celaru.

Ummah kini dalam kegelapan,

Teraba-raba mencari pedoman,

Merenung-renung masa depan,

Mencari-cari suatu jawapan.

Dari hendak dimula,

Bagaimana nak pulih cacat dan cela,

Arah mana hendak dihala,

Firqah mana hendak dibela?

Mengapa Ummah alah serangan,

Zahir dan batin bawah jajahan,

Sedanag Islam agama kebenaran,

Jaminan Allah memberi pernaungan.

Ingat-ingatlah sabda Junjungan (saw)

Masalah ummah di akhir zaman,

Penyakit kronik itulah al-Wahn,

Cinta dunia takutkan kematian.

Ummah ditimpa penyakit PESONA,

Mabuk kepayang dengan dunia,

Hiasan dunia indah zahirnya,

Lupa segala mudarat racunnya.

Ummah ditimpa pesona yang amat,

Budaya kafir dianggap azimat,

Konon tersimpan bermacam keramat,

Berpaling ke Barat sekalian ummat.

Ummah terpukau pandangan Zahiriyah,

Lupa menilik pandangan Batiniyah,

Dunia dan Barat dilihat Indah,

Alpa kepada amaran Allah.

Ummah alpa nak cari bekal,

Buat simpanan di alam kekal,

Segalanya ditilik melalui aqal,

Dipinggir semua yang naqal.

Orang kafir Barat taksub duniawi,

Malangnya mereka luput ukhrawi,

Dimintanya dunia dengan berperi,

Sudah tentu Allah memberi.

Orang barat suka bertema,

Apalah ada pada nama,

Namun kafir dan Islam lain Agama,

Di sisi Allah tidaklah sama.

Orang Barat dengan pengalamannya,

Hadapi masalah dengan gerejanya,

Dianggap penghalang kemajuan dunianya,

Lalu ditolak, disingkir agamanya.

Formula “Penyelesaian” orang barat,

Mengapa ditiru ummah sejagat,

Mana benarnya firqah yang sesat,

Dibandingkan Islam Agama Hakikat?

Agama Hakikat, itulah Islam,

Sempurna sudah semenjak silam,

Pembawa cahaya, penyuluh malam,

Aturan lengkap manusia dan alam,

Mengapa diambil formula Barat,

Untuk selesaikan masalah Ummah,

Kudis yang kecil lalu melarat,

Menjadi barah,ummah darurat,

Ke arah Barat Ummah berKiblat,

Formula mereka di anggap ubat,

Bagaimana ALLAH nak turunkan rahmat,

Bagaimana ummah nak dapat selamat?

Tafsiran, nilai dan neraca Barat,

Menjadi pegangan Ummah sejagat,

Formula Islam diambil sekerat,

Bantuan Allah tersekat-sekat.

Cedekiawan Barat peloporkan tema,

Sekularisme, Liberalisme, berbagai ‘isme’,

Mengapa Ummah sanggup terima,

Sedangkan Islam tidak sama?

Doktrin Sekular dapat selinap,

Pemimpin Ummah racun diserap,

Disalut dengan propaganda kerap,

Falsafah Bathil sudah tertancap.

Konsep Tauhid Pegangan Ummah,

Ajaran Islam Inti Falsafah,

Dijadikan teras oleh pemerintah,

Raja-raja dan Khalifah.

Sedangkan sekular Tauhid disanggah,

Islam dan dunia dipisah-pisah,

Ajarannya lansungnya tidak munasabah,

Dengan Islam amat bercanggah.

Falsafah sekular dapat otoritas,

Diletak tempatnya paling di atas,

Dianggap Sakaral sedikit tidak was-was,

Penghayatan Islam menjadi terbatas.

Dari pendidikan sampai pemerintahan,

Doktrin Sekular jadi pegangan,

Agama Islam tidak lagi sepadukan,

Haq dan Batil dicampur-adukkan.

Ajaran Islam Paksi Kehidupan,

Kesannya terasa di bidang sejarah,

Bagaimana nak betul kisah Ummah,

Jika agamanya dipisah-pisah?

Sejarah sebenar dapat selewengkan,

Bahana sekular di Akhir Zaman,

Diambil pula neraca dan tafsiran,

Perspektif Barat jadi ukuran.

Neraca Islam dipicis-piciskan,

Tafsiran Islam di anak-tirikan,

Segala yang Barat dianggap kemajuan,

Konon punca segala kejayaan.

Pabila ummah ditimpa musibah,

Akibat mengambil Formula yang salah,

Maka pengkritik pun sorak-sorailah,

Bermacam nasihat mahu ketengah.

Munafik Agama tunjukkan Belang,

Ummah berdiam apalah malang,

Dituduhnya Islam sebagai penghalang,

Konon menyekat kejayaan gemilang.

Ummah termakan Nasihat yang salah,

Disalut propaganda nan indah,

Semakin jauh mereka terpisah,

Dari landasan agama yang fitrah.

Kepimpinan Ummah sangat terkesan,

Mencari alasan Islam diketepikan,

Walau kecil masalah dalaman,

Formula Barat terus peloporkan.

Ditolak ketepi benar dan salah,

Dinilai kira menang dan alah,

Ke dunia Barat kiblat di arah,

Pemerintah ummah tak takut Allah.

Zaman Moden Islam Merempat,

Segala ajarannya dikeji dan diumpat,

Formula Barat mengambil tempat,

Didakap erat tak sempat-sempat.

Falsafah Sekular amat bahaya,

Pengasingan agama dari dunia,

Bila ummah pegang prinsipnya,

Luput hakikat hilang bisanya.

Islam sepadu dengan kehidupan,

Aturan Allah bukan mainan,

Mengapa Ummah asing-asingkan,

Musibah melanda siapa salahkan?

Mulkan Jabariyah Zaman Fitnah,

Doktrin kafir dijadikan falsafah,

Langsung belenggu hakikat ummah,

Bagaimana Allah nak turunkan nusrah?

Sampailah sudah Zaman Beralih,

Umat Islam Allah nak pulih,

Ilmu hakikat sudah dipilih,

Supaya ummah dapat memilih.

Allah kembalikan Ilmu Hakikat,

Supaya hambanNya dapat melihat,

Yang mana benar yang mana sesat,

Supaya mudah memilih hyang tepat.

Sudahlah jelas benar dan salah,

Supaya ummah tidak lagi berhelah,

Kalau ikhlas segera pilihlah,

Firqah hakikat naungan Allah.

Allah hendak turunkan nusrahnya,

Itulah sebab hilang samarnya,

Firqrah hakikat dapat naungnya,

Fiqrah yang batil tunggu balanya

Salamnya sudah masa dan waktu,

Era akhir zaman sudahlah tentu,

Umat Islam janganlah buntu,

Pastikan ikhlas dalam nawaitu

Era Akhir Zaman bukan mainan,

Banyak cabaran banyak ujian,

Pilihan yang tepat harap pastikan,

Supaya akhirat dapat selamatkan.

Wahai saudara harap fikirkan,

Kesatuan Ummah kita pulihkan,

Ilmu Hakikat Allah tunjukkan

Gunakan ia buat pedoman

Perjuangan Hakikat mendapat rahmat,

Dapat zahirkan karamah,barakat,

Melawan semua golongan sesat,

Nusrah Allah untungkan ummat.

Sabda nabi (SAW) nan azimat,

Tidak bersatu Ummat dalam sesat,

Kalau ummah memilih yang tepat,

Dibinasa Allah kafir keparat

Sekian dahulu kami bermadah

Puisi yang panjang tamatlah sudah

Semoga mendapat ibrah faedah

Dapat tenangkan hati nan gundah...

Wassalamm.....

Sabtu, 28 Februari 2009

Khamis, 01 April 2010

Notebook sarifffahmikarenfarismirzan

No comments:

Post a Comment