Friday, April 9, 2010

Kata Alu-aluan dari Editor-in-Chief MistisFiles


Di bawah ini adalah kata alu-aluan daripada Editor MistisFiles.Beliau adalah ketua pengarang merangkap Pemegang Rahsia Terutama dan mempunyai beberapa akses elit di bahagian-bahagian sulit di Arkib MistisFiles.

Beliau menggunakan codename 'Lodgekeeper'

Disamping tugasnya sebagai Penjaga Kunci Ruangan Rahsia (The Secret Chamber),Lodgekeeper juga bertanggungjawab menyelia penyelidikan di sebelah rantau Asia khususnya di sebelah Asia Tenggara.

Ingat,siapa Lodgekeeper itu tidaklah begitu penting,yang paling penting adalah ilmunya dan mesej yang ingin disampaikannya.BERFIKIRLAH DEMI KEBENARAN.

Kami sedang berusaha untuk meminta pandangan beliau berkenaan tentang alter terahsia bangsa Melayu memandangkan beliau adalah satu-satunya Shriner (ahli Majlis Tertinggi Mistis Organization) yang berbangsa Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.Beliaulah yang mengusahakan cawangan makmal penyelidikan MF di Malaysia dan Indonesia.

Selamat membaca!

------------------------------------------

Salam Muhibbah dari saya.Nama saya Lodgekeeper.Saya adalah Pemegang Rahsia bagi Arkib Diraja dan juga Penjaga Kunci bagi The Secret Chamber.Saya adalah Ketua Pengarang MistisFiles dan Pengarah Makmal Penyelidikan bagi sebelah Asia Tenggara dan Asia Timur.

Walau apa pun tentang diri saya dan juga MistisFiles,tidak penting bagi anda untuk memikirkannya dan sememangnya tidak penting.Apa yang penting di sini adalah PENGETAHUAN YANG DIGUNAKAN.Pengetahuan apa pun jika kita tidak menggunakannya maka sia-sialah ilmu itu dan ia tidak langsung bermanfaat bagi anda malah menyakitkan hati anda apabila kelak anda menyedari betapa ruginya anda tidak mempercayai atau menggunakan pengetahuan tersebut.Mungkin anda sudah selesa dengan kehidupan anda sekarang.Mungkin anda sudah mempunyai tanah sendiri,rumah,kereta dan isteri serta anak-anak.Anda sudah pasti mempunyai pekerjaan tetap.Atau anda seorang pelajar universiti yang teramat selesa dengan kehidupan di kampus yang menyeronokan.Atau mungkin anda tinggal di kampung,bekerja di kilang berdekatan atau mengusahakan tanah sendiri atau membuat kerja-kerja kampung,dan anda sudah berasa selesa dengan apa yang anda alami dalam hidup ini.Tiada siapa yang mengganggu anda setakat ini.Soalannya sekarang,adakah keadaan ini akan berpanjangan?

Tidak mengambil tahu langsung tentang apa yang berlaku di sekeliling kita adalah racun yang melemahkan kita sedikit demi sedikit dalam jangka masa yang panjang.Kita hidup berdasarkan apa yang kita alami sekarang.Kita tidak mahu mengambil tahu sedikit pun sebab dan akibat sesuatu itu berlaku.Kita hidup di dalam tempurung atau kepompong yang sempit.Bangun pagi,pergi kerja,balik kerja,beriadah,berehat,menonton tv,tidur dan seterus.....hingga kita bangun di keesokkan harinya.Paling hebat pun kita hanya duduk menonton berita dan bergebang mengenai politik dalam dan luar negara tetapi masih tertanya-tanya mengapa ia berlaku.Kita selalu memikirkan bahawa kita selamat di dalam negara sendiri dan berbisik tidak mungkin kekecohan yang berlaku di luar negara berlaku di dalam negara kita.Tetapi tahukah anda setiap yang berlaku di dunia pasti akan mempengaruhi kehidupan kita sedikit demi sedikit.

Katakan anda seorang pekerja sebuah perusahaan.Anda begitu selesa dengan hidup anda.Hujung minggu anda akan bertemu rakan-rakan dan berkaraoke di sebuah pusat hiburan.Di waktu petang anda akan bersiar-siar di taman-taman rekreasi bersama teman wanita anda menaiki RXZ merah kesayangan anda.Suatu hari anda menonton berita mengenai kejatuhan harga saham di Wall Street dan kemeleseten ekonomi di seluruh dunia.Anda menonton berita dengan perasaan malas dan bersahaja.Apa yang dipaparkan benar-benar tidak memberikan apa-apa kepentingan kepada hidup anda.

Keesokkan harinya,ketika sampai di tempat kerja,anda dapati para pekerja berhimpun beramai-ramai,anda tertanya-tanya apa yang berlaku.Setelah bertanyakan rakan sekerja anda,barulah anda tahu syarikat anda mahu mengurangkan pekerja.Dan yang paling malang nama anda termasuk dalam senarai pekerja yang akan dibuang.Dunia anda terasa gelap.Masih terngiang-ngiang suara pembaca berita malam semalam.

Kisah ini bukan rekaan.Ia adalah realiti kini,di mana baru-baru ini kenyataan dari White House menyatakan bahawa kemelesetan ekonomi pada masa ini lebih teruk dari era selepas Perang Dunia Kedua.Di negara kita juga ramai pekerja sudah dibuang.Mungkin anda bernasib baik kerana masih mempunyai pekerjaan.Tetapi bagaimana dengan nasib pekerja yang dibuang?Bagaimana pula dengan graduan yang baru keluar dari universiti yang mahu memohon pekerjaan?Kita selalu memikirkan selagi ia tidak berlaku ke atas diri kita,maka tidak perlu difikirkan semua itu.Tetapi apabila terkena batang hidung sendiri mulalah ke sana sini meminta pembelaan,merayu-rayu hingga ke stesen televisyen meminta simpati orang ramai.Di waktu itu sikap MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI tidak langsung membantu kita.

Begitu juga dengan orang yang tidak mahu mengambil sedikit pun perhatian kepada perjalanan politik di dalam negara sendiri.Ada di antara mereka mengaku tersangat Islam,memikirkan Islam terlampau suci untuk dilibatkan dengan politik.Maka Islam terkurung di dalam masjid-masjid dan surau-surau sahaja.Politik tidak dihiraukan mereka malah apabila ada orang Islam mahu Islam dimuliakan melalui politik (bukan mempolitikkan Islam,ada beza di situ),dia pulak menjadi penentang dan penghalang utama.Ada di antara mereka seolah-olah tersangat alim.Berzikir 24 jam di dalam masjid tanpa mahu mengambil tahu siapakah yang menjadi pemerintah negerinya.Apabila orang kafir harbi naik menduduki takhta politik negerinya lantas meruntuhkan masjid tempat dia berzikir 24 jam dengan alasan untuk pembangunan,maka barulah dia tercengang dan terlompat-lompat ke sana-sini membantah orang kafir tadi.Padahal orang-orang macam mereka inilah yang menjadi bala kepada umat Islam.POLITIK DAN ISLAM TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.Bagaimana Islam dapat didaulatkan jika tidak berkuasa dalam politik?Adakah Nabi Isa dan 12 sahabat Hawariyyun dapat mempertahankan dirinya ketika penyerbuan askar Pilatus,ketika Nabi Isa hanyalah seorang agamawan sahaja.Tetapi lihat Nabi Muhammad s.a.w,yang digeruni lawan dan kawan.Baginda bukan sahaja seorang ahli agama bahkan seorang negarawan dan ahli politik yang terbaik.Siasahnya bijak,sikapnya terpuji.Apabila ada sahabatnya dibunuh ketika menjadi utusan dakwahnya,baginda berkuasa mengerahkan angkatan perangnya memerangi pengkhianat tadi.Tetapi adakah Nabi Zakaria misalnya mampu menahan dari pengejaran orang-orang kafir sehebat Nabi Muhammad?Akhirnya Nabi Zakaria wafat digergaji batang lehernya akibat tidak mempunyai kuasa sepicing pun dalam politik Bani Israel ketika itu.Fikir-fikirkan.Tidak rugi anda berfikir sejenak DEMI KEBENARAN.Sampai bila anda hidup dalam matrix palsu ini dengan penuh kepura-puraan.

Belajarlah sejarah dunia sebaik-baiknya.Jika anda memandang subjek sejarah ketika anda bergelar pelajar dahulu amat membosankan dan membebankan anda,anda adalah insan malang yang berpotensi untuk dikelirukan dan menjadi hamba Dajal yang dungu.Dajal a.k.a The Hidden Hand adalah pakar sejarah dunia yang bijak.Dia mampu membaca perjalanan sejarah dan memanipulasinya.Tahukah anda bahawa sejarah dunia ditulis oleh mereka yang menjadi penyembah agama Iblis?Sejauh manakah sejarah dunia ditulis oleh mereka?Sejauh peristiwa 911 dikatakan berpunca dari Al-Qaeda dan pengganas Islam.Padahal Al-Qaeda itu sendiri adalah pertubuhan rekaan mereka dan imej Osama ditayang-tayangkan berulang kali untuk mengelirukan umat Islam.Adakah Yahudi dan Amerika gerun dengan Osama?TIDAK..TIDAK SAMA SEKALI.Sama ada individu bernama Osama itu tiada ataupun dia adalah golongan hamba Dajal yang dungu.Jika Osama adalah pejuang Islam tulen tentu dia akan berbuat sesuatu apabila melihat kanak-kanak Palestin Gaza terbongkang ditepi-tepi jalan mati ditembak meriam Yahudi Zionis.


Tetapi nampaknya dia pun senyap tidak berkutik pun bersama-sama puak Islam Liberal dan Sekular.Semuanya adalah permainan licik CIA dan Shadow Govenment.

Adakah orang-orang Melayu benar-benar berasal dari Yunnan?Anda percaya penipuan orientalis ini?Atau kita sekadar orang-orang dari zaman Paleolitik yang beransur-ansur maju di Tanah Melayu ini?Dari orang gua bercawat hinggalah pandai bercucuk tanam?Kalau begitu bagaimana dengan Melayu serumpun yang tinggal di bahagian kepulauan seperti di Indonesia.Bagaimana orang gua dapat menyeberangi selat dan lautan luas?Bagaimana dengan penemuan Java Man yang berusia jutaan tahun setaraf malah lebih hebat dari penemuan orang Neanderthal dan orang Peking?Atau Perak Man yang menjadi bukti segala teori Barat mengenai kedatangan orang Melayu dari Yunnan adalah salah sama sekali?Apa pandangan anda jika saya katakan sejarah Melayu cuba ditulis oleh para orientalis untuk menutup satu rahsia yang terpenting?

Di dalam dunia yang penuh misteri ini,kunci penyelamat anda adalah harapan anda terhadap kasih-sayang Tuhan.Kita hidup di dalam satu permainan yang ditentukan Tuhan.Tiada jalan keluar.Dunia ini penuh dengan konspirasi.Jika anda mempunyai sumber wang yang banyak,pengikut yang ramai dan kuasa politik yang tak terbatas,agaknya apa yang anda mahu buat?Ada manusia biasa seperti anda yang mempunyai sumber-sumber hebat seperti itu.Dan impiannya ialah untuk mencorakkan dunia mengikut kehendaknya.Dan mangsanya adalah anda.Jika anda tidak mahu mengambil tahu keadaan dunia disekeliling anda,jangan salahkan Tuhan jika tiba-tiba ada orang yang datang ke rumah anda dan memerintahkan anda sekeluarga berbaris di dalam rumah sambil mata ditutup dan tangan diiikat ke leher.

Selepas itu terdengar jeritan anak perempuan anda,namun anda hanya mampu mendengar tangisannya sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa.Rumah anda diselongkar,anak perempuan dan isteri anda dirogol dan anda dipaksa meliwat anak lelaki anda.Bagaimana?Apa perasaan anda?Itulah yang terjadi kepada orang-orang Arab Islam di Iraq dan Palestin bahkan di merata dunia.



Tidak mustahil ia akan berlaku di sini.Jika anda rasa Israel terlalu jauh nun di belah-belah Arab sana,anda amatlah tersilap sama sekali. Pangkalan Israel terbesar ada di hujung semenanjung Malaysia.Hamba-hamba elitnya adalah orang-orang Cina berfahaman Zionis dan pengikut Illuminati (Keluarga Li adalah salah satu keturunan Illuminati penyembah Iblis).

Melayu Islam adalah musuh 'Most Wanted' yang amat-amat perlu dihapuskan sama sekali.Malah adakalanya lebih berharga dari Pak-pak Arab yang berjaya dilekakan dengan membawa mereka berseronok di Syurga Seks Thailand.Aha...mereka cuma tunggu masa sahaja untuk mencucukkan jarumnya.Beberapa perancangan mereka sudah berjaya dan berjalan lancar.Antaranya menghasilkan para pemimpin Melayu yang bencikan Islam.Memecah belahkan orang-orang Melayu.Lihat sajalah politik Melayu kini.Betapa risaunya mereka jika muzakarah antara Pas dan Umno benar-benar terjadi.Merosakkan akhlak muda-mudi terutamanya gadis-gadis Melayu.Untuk mengukur sejauh manakah rosaknya gadis Melayu hayatilah kehidupan para artis wanita Melayu.



Dimanakah kehidupan malam mereka?Tidak payah jauh-jauh.Pergilah ke Felda-Felda dan anda dapat lihat betapa murahnya akhlak gadis Melayu.Apabila Melayu telah jauh dari agamanya sendiri maka ia telah KEHILANGAN SATU ALTER TERAHSIA yang amat penting untuk keselamatannya.Sifat spiritualnya telah hilang.Jadi apa yang tinggal?

Yang tinggal adalah MELAYU YANG PENUH PERASAAN 'INFERIOR' terhadap bangsanya sendiri.Menganggap bangsa sendiri adalah kolot dan agama Islam adalah jumud padahal bangsanya adalah ahli pengembara dan pelaut terbaik dunia.Apabila berbincang mengenai kehebatan bangsa Melayu adn kerajaannya,asyik-asyik terhenti pada Empayar Melayu Melaka.Benarkah bangsa Melayu mampu membina Empayar dan menjadi pengurus pemerintahan bermula dari era Melaka?Bagaimana dengan sebelum itu?Logikkah orang-orang Melayu yang duduk dikampung-kampung dipinggir-pinggir hutan,tiba-tiba menjadi pengurus sebuah empayar dan pelabuhan antarabangsa paling strategik dan terkaya di dunia?Sehinggakan para pedagang yang mahu berurusan di pelabuhan Melaka wajib mempelajari bahasa Melayu untuk berbincang dengan syahbandar-syahbandar Melayu dan berniaga dengan pedagang lain.Tahukah anda jumlah kapal yang berlabuh di pelabuhan Melaka pada satu-satu masa?Jumlahnya beratus-ratus!!Ini bukan main-main kerana sumber-sumber Portugis dan Sepanyol yang tersimpan rapi di perpustakaan-perpustakaan Eropah yang menyebutnya begitu.Lebih jauh lagi kapal-kapal yang ingin berlabuh di Pelabuhan Melaka perlu menunggu giliran untuk diatur dalam sistem parking yang sistematik oleh para syahbandar dan pegawai pelabuhan Melayu.Bagaimana orang-orang Melayu begitu hebat sekelip mata?Apa yang terjadi sebelum penubuhan Melaka?Benarkah Melayu hanya mampu membina rumah-rumah kayu beratap nipah dipinggir-pinggir hutan?


Jika mahu mengetahui keupayaan sebenar bangsa Melayu,kita harus mengkaji manuskrip pengembara Eropah di universiti-universiti Eropah seperti di Leiden dan surat-surat serta dokumen-dokumen para pengurus,pegawai dan bangsawan Melayu dahulukala ketika itu.Bukannya hanya membaca hasil kajian atau tesis para pengkaji sejarah Melayu dari Barat (contohnya R.o Winsted,R.H Geldern,J.H.C Kern dll) kemudian mengganggap tamadun Melayu setakat bermula dari zaman Melaka sahaja.Malangnya semua manuskrip itu tidak terdapat di sini.Semuanya hilang dibawa ke Eropah dalam satu operasi pembersihan fakta sejarah Melayu besar-besaran ketika penjajahan Barat (rujuk Munsyi Abdullah).Jadi apa yang tinggal di sini hanyalah buku-buku teks sekolah yang berasaskan kajian pembohongan para orientalis Barat serta ulasan dari sarjana Melayu pemalas yang hanya mengkompilasikan hasil kajian Barat.Jadi yang tertera adalah zaman Batu seperti Paleolitik,Mesolitik dan litik-litik lainnya kemudian terus ke tajuk Empayar Melaka seterusnya zaman Penjajahan.Hanya itukah sejarah bangsa Melayu????Padahal kapal perang Melayu ketika zaman Melaka dan Acheh lebih besar dari kapal induk Portugis malah lebih pantas dan hebat dari kapal The Black Pearl dalam filem Pirates The Caribbean dan orang Melayu mampu mentadbir sebuah pelabuhan yang lebih kaya dari Port Royal.Ini belum lagi masuk bab empayar Melayu lain seperti Srivijaya dan Majapahit.INILAH RAHSIA PENJAJAHAN BARAT KE ATAS UMAT MELAYU.Ketika kaum Islam lain seperti Arab,Bosnia atau Chechen menghadapi kaedah penghapusan etnik yang ganas,tetapi lain pula dengan bangsa Melayu.Pihak Barat tidak mengejar-ngejar orang Melayu untuk dihapuskan tetapi memburu manuskrip-manuskrip berharga,surat-surat cinta Melayu dan perutusan diraja untuk disimpan (bukan pula untuk dibakar atau dimusnahkan,pelikkan taktik Illuminati ini?).


Anehnya pihak Barat seperti Inggeris tidaklah membunuh orang-orang Melayu sepenuhnya walaupun seganas Portugis dan Sepanyol yang lebih kejam dari bangsa Inggeris (kecuali yang menentang mereka) seperti yang berlaku di Filipina dan negara-negara Amerika Selatan yang terhapus terus budaya dan bahasa mereka akibat pemaksaan budaya yang ganas dari para penjajah mereka.Ini menunjukkan bangsa Melayu adalah bangsa yang mempunyai budaya dan tamadun tinggi setanding dengan bangsa Cina dan India malah lebih hebat kerana mampu bertahan walaupun lebih kecil dari populasi bangsa Cina dan India.Hanya karya-karya besar bertahap diraja yang disimpan oleh golongan bangsawan dan diraja sahaja yang terselamat seperti Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) serta kitab-kitab agama.Apabila bukti bertulis tiada atau kurang mengenai orang Melayu maka JARUM SETERUSNYA DICUCUK oleh para orientalis Barat.Tugas para imperialis sudah selesai,tiba pula tugas para orientalis menyerang Kepulauan Melayu dengan pemikiran dan tusukan pena mereka.

Mereka pun membuat kajian dan tesis tentang teori Melayu sama ada asal-usul Melayu,budaya dan bahasa mereka.Kajian mereka meleret-leret sehingga ke tahap pemikiran Melayu dan keupayaan mereka sampaikan menyamakan mereka dengan golongan orang gua dan orang asli di hutan-hutan (ini bukan untuk menghina orang asli tetapi kenyataan Barat yang bias).Para sarjana Melayu pun mengambil kajian mereka dan bermulalah proses inferiority complex yang tidak berkesudahan.Mereka pun percaya bahawa mereka adalah orang gua dan paling hebat pun berasal dari etnik Cina dari Yunnan.Mereka pun percaya bahawa budaya mereka dan tulisan mereka dicedok dari India semata padahal siapakah orang-orang yang yang mengajarkan bahasa elit India iaitu bahasa Sanskrit kepada orang-orang kasta rendah Tamil dan Dravidia di India.Bukan semua orang India memahami bahasa Sanskrit,samalah seperti menyangka orang Tamil dapat memahami bahasa Hindustan dan faham apa yang Shah Rukh Khan dan Preity Zinta tuturkan dalam filem-filem mereka.Hindustan,Benggali dan Tamil adalah kaum yang berbeza di India.Malah nak menggunakan bahasa Sanskrit pun dibeza-bezakan mengikut kasta.Orang-orang Sudra atau berkasta Parya yang mendengar bacaan Veda dalam bahasa Sanskrit dihukum telinga mereka disiram timah panas.Jika mereka cuba membaca Veda,lidah mereka akan dipotong (rujuk Gotama Smarti).Jadi bagaimana pendeta Melayu dapat membaca dan mendengar kitab Veda sewenang-wenangnya.Sesungguhnya bangsa Melayu adalah BERKASTA TINGGI dalam pandangan komuniti Hindu purbakala.Ada yang berkasta Brahma atau Ksyatria.


Ajaran Buddha dan Hindu berasal dari India tetapi mengapa kitab Tripitaka ditulis dalam bahasa Pali manakala kitab Veda ditulis dalam bahasa Sanskrit?Ini menunjukkan terdapat pelbagai bahasa di dalam benua kecil India dan ini merupakan perkara normal dan biasa.Adakah benar-benar Sanskrit itu bahasa pertuturan orang India Purbakala?Sebenarnya bahasa Sanskrit adalah bahasa elit yang hanya ditutur dalam istana atau kuil-kuil.Bahasa Sanskrit bukanlah bahasa asal Benua Kecil India.Hari ini berapa kerat orang India yang faham bahasa purba ini?Bahasa ini kini mengalami kepupusan.Jadi siapakah yang empunya bahasa ini sebenarnya.



Kita akan mengetahui jika mengkaji bahasa-bahasa Sumeria dan Babylon Purba dan persamaannya dengan bahasa misteri Sanskrit ini.Aha...apa yang terjadi DI ANTARA BANGSA MELAYU DAN YAHUDI DI UR DAN NEGARAKOTA SUMERIA-CHALDEA YANG LAIN BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU??.Jawab soalan ini sebelum mahu menulis sejarah Melayu yang kononnya setakat bermula dari Empayar Melaka.


Ini baru kepada konspirasi di dunia Melayu,belum lagi misteri yang berjalan di seluruh dunia.Sesungguhnya Iblis Laknatullah tidak bermain-main apabila menyatakan mahu menyesatkan anak Adam dan begitu berdendam dengan Nabi Adam.Dia akan menjalankan pelbagai strategi dan fitnah untuk membawa manusia jauh dari hidayah Allah s.w.t.Jangan terlampau takjub dengan kehebatan Amerika dan Eropah.Jangan terlampau rendah diri dengan bangsa Cina yang kaya dengan wang dan harta.Berusahalah membaiki kehidupan di dunia dan akhirat mengikut panduan dan ajaran Islam.Jika terasa orang Cina atau orang putih kaya dan hebat,ingatlah bahawa mereka juga adalah patsies peliharaan Illuminati penyembah Syaitan yang rupa-rupanya amat-amat memerhatikan dan bimbang dengan anda wahai orang-orang Islam (termasuk Cina Islam dan Orang Putih Islam).Mereka tidak bimbang dengan orang Cina kafir yang banyak duit,atau orang Jepun,Korea dan Eropah yang dibiarkan bermain-main dengan mainan-mainan (harta,perempuan,kereta,perniagaan,banglo).Tetapi mereka teramat bimbang jika orang-oranmg Islam khususnya orang-orang Melayu memanjangkan tangan mencapai AlQuran lantas terbaca ayat-ayat mengenai hukum dan prinsip kenegaraan seperti hukum Hudud dan Qisas.Harta dan wang yang teramat banyak berada di tangan para penganut ajaran Iblis bukannya di tangan orang-orang Amerika,Cina atau Jepun yang menjadi kuli bergaji bagi pihak The Hidden Hand.Fahamilah apa yang cuba disampaikan oleh MistisFiles.APA YANG PENTING ADALAH BERFIKIR...BERFIKIR DAN TERUS BERFIKIR.DAN BERTINDAK.Perhatikan apa yang berlaku.Kaji senario dunia.Baca AlQuran dan Hadis.Kelak jika anda berjalan seorangan di waktu malam tiada berbintang di celah-celah lorong yang sepi,anda pasti tersenyum dan berbisik "Ya,saya sudah tahu perancangan mereka!"

Anda tidak akan terkeliru lagi dan sesat.Anda sudah mengetahui apa yang mereka mahukan dari anda.BERFIKIRLAH DEMI KEBENARAN.Kerana kebenaran itu datangnya dari pemikiran yang sihat.Tidak rugi jika anda tinggalkan sebentar kerja-kerja dunia anda itu dan berfikir sebentar mengapakah sesuatu senario itu berlaku.Tanyalah diri sendiri,siapakah aku,dari mana aku dan ke mana aku?

Kelak pada Hari Semua Rahsia Disingkap,yang keluar dari mulut anda bukanlah pekikan terkejut,tetapi puji-pujian kesyukuran kepada Ilahi yang Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang.

No comments:

Post a Comment